My Super Duper Followers

PotPet PotPet !

I Love You . I Miss You . I Need You Muhammad Arif Bin Raduan .

Sunday, October 14, 2012

Jantung Hatiku

As Salam

Hai you alls ! Lamanyaaa rasa tak update blog kan ? Haahaa ! Aku tahu takde yang tunggu pun post terbaru aku , thats why aku malas nak update . Al maklum lah , aku ni bukan macam blogger terkenal semua tu kan . Ecehhh ! Melalut pulak haahaa . Act , harini nak update pasal mr.superman aku *wink wink .

Semalam , pukul 2.30 am Arif call aku . Kiteorang memang dah plan nak otp haritu . Masa mula-mula call seronok je cerita macam-macam kan . Yelah gelak sana , gelak sini . Sampai lah dalam sejam macam tu kot , tetibe aku tersentap dengan satu cerita dia . Maklum lah jiwa perempuan kan cepat "touching" . Emmm lagi-lagi kalau berkaitan dgn boyfriend ni kan . Ehem !

Time aku sentap tu , aku punya respon macam nak taknak lah cakap dengan dia . Then dia pun luahkan apa yang dia tak puas hati dekat aku . Alhamdulillah aku boleh terima teguran dia and apa yang dia cakap tu ada betulnya plus benda tu memang boleh buat dia rasa cemburu dengan aku . Sebab apa dia cemburu , tu biar aku dengan dia jelah yang tahu okay (",)

Agak lama jugak dia meluahkan apa yang dia tak suka and tak puas hati . Aku macam biasa lah , just diamkan diri . At the same time , aku macam rasa bersalah pun ada . Tapi , dia pun ada buat benda yang aku tak suka . Cuma aku ni jenis susah nak luahkan apa yang aku pendam ( tu yang makin parah tu ) Lepas habis dia bebel bebel . Dia tanya aku :

Arif : " kamu ada apa-apa tak nak cakap ? " 
Anis : " emmm takde "
Arif : " okay lah , kamu pergi lah tidur "
Anis : " .......... " ( still terdiam tak tahu nak cakap apa then terus letak phone )

Malam tu kamu otp langsung takde wish goodnight , cakap iloveyou imissyou bagai . Emmm so sad .

Esok paginya aku bangun , aku cepat-cepat cek phone , mana tahu kot kot ada mesej dari dia kan . Tapi takde pun . Takpe lah , aku faham maybe dia bangun lewat sebab Ahad dia cuti and kebiasaannya dia akan balik kampung  dengan mak dia bila cuti . Aku macam biasa , bangun pagi bagi meow makan . Sementara tunggu pukul 1 nak masuk kerja , aku tidur balik haahaa ! ( buruk perangai )

Bila dah sampai tempat kerja , dalam pukul 3 pm macam tu kot , dia mesej aku . Macam biasa tanya buat apa , dah makan ke belum , dah ada sale ke belum and blablablablabla . Tetiba dia hantar gambar aku dengan dia time kiteorang dating bulan 9 haritu . Aku terus tersenyum sebab dia cakap macam ni .

< ni gambar yang dia hantar >


Mesej gambar ni :
* Muka kita sama kan :) *

Alahai aku terus senyum je sepanjang mesej dengan dia . Entah lah dia kekadang sweet sesangat-sangat , sebab tu aku sayang dia . Then masa mesej aku tanya dia selama ni tak perasan ke yang muka kita sama ? Lepastu dia cakap " tak perasan sebab biasanya sayang tengok muka beby aje , takde tengok muka sayang pun " HAHA patut lah dia tak perasan yang muka kami sama . Lagi satu aku tanya kenapa biasanya dia tengok muka aku aje ? Dia jawab " sebab sayang suka tengok muka beby , muka girl sayang . sayang tenung je muka beby , mata , hidung , pipi semua sayang tengok " ( melting )

Rasa marah aku sebab semalam tu , sikit-sikit hilang sebab aku tahu dia sayang aku dan aku pun sayang dia . Aku pun dah penat nak gaduh sebenarnya . Biasalah dalam sebuah relationship mana ada tak gaduh kan ? Cuma nak tahu kita ni kuat atau tak kuat je nak hadap semua benda ni yeee dakkk ? Heehee !

Dear Mr.Arif

I'm really happy with you . Thanks for always stay by myside . Thanks for always take a good care of me .  Thanks for all memories and thanks for everythig sayang . I do love you forever and ever .

Sincerely : Raja Anis Ashiqin Bt Raja Azlan Shah


Wednesday, September 12, 2012

Boyfriend ( 9 September 12 )

As Salam

Nak cerita pasal ngedate kami ! Heehee sekian lama tak jumpa , finally kami berjumpa ! Hell yeahhh ! Lama gilaaa pendam rasa nak jumpa orang penting ni ( my bf ) busy mengalahkan menteri . Haaa mmg itulah dia , always busy dengan kerja kerja dia . Haihhh ! Tersiksa jiwa raga I tau ( haahaa gedik )

Memang plan kami nak jumpa hari Ahad tu . Act aku cuti hari Rabu , bila dia cakap nak datang Teluk Intan hari Ahad , aku pun dengan pantas terus tukar cuti daripada hari Rabu , tukar ke Ahad . Nasib baik dapat kan , kalau tak dapat . Menonggeng lah aku haahaa ! Dup dap dup dap dalam hati ni . For what nak dup dap dup dap ? Gilaaa apa tak nervous ! Sebab dah lama gila babeng tak jumpa dia . 4 months babe ! 4 months . Korang bayangkan . Phewww ! -,-"

Kami tak pergi mana pun , just lelepak ajeee dekat sini sini . Pergi makan nasi lemak along dekat city mewah , pergi taman , pergi menara condong , dan lain lain haahaa ! Sebab tak tahu nak pergi mana pun . Al maklumlah , Teluk Intan ni kecil ajeee bandarnyaaa . Cute ajeee kan heehee !

Jyeahhh mari mari ! Nak share picture ni . Hikhokkk !




Nampak tak dia pakai cincin ? Haaa tu lah cincin couple kami


Enough ! Cukup banyak ni je gambar yang boleh di share ! Heehee . Yang lain simpan buat kenangan kan . Takan semua nak share . Mana aciii ! Tetiba mana aci kan ? Haaa , kan dulu masa jumpa yang mula mula dulu , kami ada koyak duit rm10 kan ? Masa date kali ni , duit tu jumpa balik kawan dia yang sekian lama terpisah . Haahaa ! Sila scrool ke bawah .


Yang ada 10 tu dia simpan , yang ada kepala tu aku simpan ! Muahhh sikit :*
IDOLOVESYOU Muhammad Arif Bin Raduan !



A thousands miles
Seems pretty far
But they've got planes
And trains and cars
I'd walk to you if
I had no other way
ILOVEYOU ARIF !


Wednesday, August 8, 2012

Berbuka puasa dengan geng lanun . Awesome !

As Salam

Sebelum baca , dengar tak lagu dekat blog ni lagu raya ? K semangat nak raya lah katakan . Haha ! Enjoyyy yaaaa !



Motif update blog malam ni sebab nak cerita pasal berbuka puasa dgn geng lanun aku tu jeee . Hehe ! Memang meriah lah kan . Tu pun plan mcm ape jeee . Sakit pulak hati kite ni kan . Haha !

Okay ! Dah diam semua , harini just nak slide gambar-gambar yang sempat diambil . Maaf yeee , kami guna camera phone jeee . Tak mampu nak pakai DSLR macam orang lain ^,^



Mula-mula kiteorang pergi oder makanan dulu , lepas dah oder tu kiteorang pergi bazar pulak . Sebab nak cari kuih . Then aku dapat kuih seri muka aku . Thanks Ola sebab beli kan . Aum aumm hehe .








Ahaa ! Lepas tu kiteorang lepak dekat taman permainan Teluk Intan sementara tunggu waktu berbuka ! Sempat jugak lah tengok Dyla dgn Mejah main jongkang jongket . Ingat kecik lagi hape . Haha ! Lagi satu nampak tak bertapa ayu nya Ola , sebab dia sorang je pakai baju kurung . Tettt !


Dah puas lepak dekat taman permainan tu , kiteorang gerak pergi kedai makan yang dah oder makanan tu . Dekat CM (city mewah) kiteorang just oder tomyam , daging masak merah , sayur kailan ikan masin , udang goreng tepung dengan air tembikai . Seriously seronok and enjoy gila bila berbuka puasa dengan geng lanun aku ni . Hehe ! Hope tahun depan kita buat macam ni lagi okayyy guys ! Sayang korang semua lah . Muahhh !

Itu ajeee cerita harini . Tunggu dah rajin nanti baru update blog lagi okayyy .
Adiyos amigos bebeh !


Sedar tak sedar
Minggu depan kita nak
Raya dah kan ?
Tak sabar nak konvoi raya
Dengan geng lanun sayaaaa !


Saturday, July 21, 2012

Hari Pertama Berbuka Puasa ?

As Salam

Hai semua ! Selamat berbuka puasa hehehe . Lambat gila wish kan ? Sesaja je punnn haha . Mesti seronok kan kalau dapat berbuka dekat rumah , dengan family bagai . Lauk-lauk pun banyak , memacam kuih ada , air pun banyak jugakkk . Phewww memang asyukkk lah kan hehe ! Untung sesangat kalau dapat berbuka dekat rumah (^,^)

Tapi aku tak dapat pun berbuka dekat rumah time berbuka tadi . Berbuka dekat tempat kerja jeee dengan BFF aku si Dyla gendut tuuu errr . Kerja kami bila nak dekat time berbuka jeee , pergi bazar . Yeahhh ! Tapi .......... emmm .

Harini kami pergi bazar lambat sangat , dalam pukul 7.10 minit macam tu . Merempit naik motor , aku rasa dah habes laju dah aku bawak motor tadi . Sampai je bazar , orang tak ramai dah . Makanan dekat kedai pun dah licin *biar betul ni (cakap dalam hati) Kami pun pusing-pusing dulu mane lah tahu kot-kot ada lagi makanan kan ? Haha ! Tu pun untuk sedapkan hati jeee even dah tahu makanan dah banyak habes . Pfft (-,-)

Pusing punya pusing , jumpa lah satu kedai jual nasi ayam . Nampak macam awesome jeee . Kami pun pergi kedai tu . Dyla pun cakap "Makcik nasi ayam dua ye?" Makcik tu balas "Okay tapi tunggu 10 minit boleh sebab nak goreng ayam dulu" Kami dgn semangatnya balas balik "Boleh makcik !" hahaha . Sbb memasing dah lapar kemain lagi . Sementara tunggu nasi ayam tu siap , kami g pusing-pusing lagi sekali sbb nak cari makanan lain . So Dyla pun decide nak beli ayam goreng tanpa tulang (-,-) Dah beli ayam goreng tu , kami pergi balik kedai nasi ayam tu . Perghhh lama gilaaa wok gua tunggu . Sampai dah buat muka gangster depan makcik tu . Hmmm .


Nasi Ayam Royal ni lahhh yang kami tunggu punya lama . Bukan 10 minit , tapi berminit-minit (-,-)

Tengah syok-syok tunggu , pandang kiri kanan , orang yang berniaga dekat situ semua dah berbuka . K niceee ! Dah masuk waktu berbuka rupanyaaa ! First time rasa sedih gila time berbuka puasa . Sobsss ! Then Dyla pun bukak plastik ayam goreng tu , dia pun makan . Tapi sebelum tu baca doa dulu lahhh kan . Nak tunggu nasi punya pasal , sampai berbuka dekat bazar jeee kami tadi .


Muka Dyla sadis gilaaa . Kesian kau babe !


Dah dapat nasi ayam tu kami terus pergi tempat parking moto , haaaa ! nampak tak gambar tuuu ? Moto kami jeee yang tinggal dekat situ . Aumakkk !


Merempit bawak moto dengan jayanyaaa ! Sebab nak cepat sampai tempat kerjaaa . Jalan raya pun lengang jeee kome kome oit .


Dah sampai tempat kerja , kami dah macam orang pelarian yang lapar tahap gaban ! Aku letak helmet , lepastu terus masuk giant beli air apple tu . Sbb air dekat bazar dah habes . Huhuhu ! Dah lah kempunan minum air jambu batu . Sobsss ! Melepas wei harini . Then kami pun makan dengan lahapnyaaa ! Yummy :3

K adiosss amigosss (:



The moral of the story :
Lain kali kalau nak pergi bazar
Pergi cecepat
So takde lah berbuka puasa
Dalam keadaan sedih lagi kusut masai
HAHA !



Friday, July 20, 2012

Ramadhan Kali Ini (:

As Salam

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN !


Esok puasa ! K semua orang dah tahu right ? Hehe . 30 hari semua umat islam akan berpuasa . Wahhh bestnyaaa kan ? Hehe . Bila dah masuk je bulan puasa ni , semua orang tak sabar-sabar nak pergi "syurga makanan" iaitu bazar ramadhan hehe ! Asyukkk gila wei pergi bazar . Rambang mata tengok makanan . Seperti biasa puasa tahun ni , aku akan merempit dgn Dyla pergi bazar . Go baby go hahaha .

Emm lagi satu aku tak dpt nak berbuka dgn family dekat rumah sebab aku kerja . Hope first day berbuka puasa esok dapat lah balik rumah sekejap . Kalau tak dapat balik , berbuka lah dgn Dyla . Shooo sad huuhuuhuu (-,-)

Puasa kali ni jugak , aku berpuasa bersama orang tersayang . Bulan lepas pun sambut puasa sama-sama jugak . Hope tahun ni kami dapat habiskan puasa dengan tabah ( bahaha ayat propa nak mampus ) Aku pun dah pesan dekat Arif suruh dia puasa penuh , takmau tinggal-tinggal puasa . Tak elok haha . k IDOLOVEYOUUU sayang . Muahhh (:

So kepada semua umat islam yang ada atas muka bumi ni , Selamat Menyambut Bulan Ramadhan . Semoga Ramadhan kali ini memberi seribu makna pada hidup korang dan keluarga . Takmau ponteng-ponteng puasa okayyy ? Not good hehe .


Haaa , jangan lupa niat puasa before tidur

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَ
Niatnya : Sahaja aku berpuasa esok hari
Pada bulan Ramadhan tahun ini
kerana Allah Taala

Wednesday, July 18, 2012

Kerjaaa (-,-)

As Salam

Act , tak tahu pun nak update pasal apa ni . Tapi rasa macam nak update jugok *garu kepala . Emm emm kalau nak diikotkan , cerita pasal kerja jelah kan ? Sebab hari-hari pergi kerja , so mesti banyak cerita yang berkaitan dgn kerja . Ahaa ! K memang nak cerita pasal kerja *ayat dah macam geng keling je -,-"


Sebelum , start membaca meh tengok gambar aku dulu . HAHA .

Here we go ! Semua orang tahu kan , kite dah nak masuk bulan Ramadhan . So lagi berapa hari lagi dah nak puasa . Semua seronok ye dakkk ? Sebab kalau dah puasa , tak lama lagi masuk pulak bulan Syawal . Rayaaaaaa ! Hehehe .

Aku kan kerja dekat kedai jual baju kurung , tudung . I mean , bukan lah butik tapi just kiosk kecik jeee . Bila dah nak dekat puasa ni , ramai lah yang nak mencari baju raya kan . Antara mangsa kedai yang akan diserbu adalah kedai yang aku kerja tu . Ohmygosh ! K aku dah mula terbayang macam mana suasana kerja bila time puasa . Mmg penat sesangat . Boleh patah pinggang . Nak dediva time tu pun tak boleh dah . Pfft !

Masalahnye sekarang ni , staff tak cukup ! Takan aku sorang nak handle kedai tu kot ? Mau mati katak aku dekat situ . Act , satu kedai nak tiga orang pekerja . Tp sekarang just ada dua staff . Then staff lagi sorang tu nak berhenti pulak 22hb Julai ni . Means puasa kedua lah kan . Tinggal lah aku sesorang mcm orang bodoh dekat situ . Damn -,-"

Time puasa tahun lepas , aku tak risau pape pun sebab dah mmg ada staff . Ola dgn Dyla . Time tu pergi kerja pun senyum memanjang sbb kerja dgn BFF sendiri kan . Gila apa tak suka . Ate dapat gegusip , seronok lah kan . Haha . So sekarang kerja dgn kawan jugak , tapi dia kan dah nak berhenti . Haiyooo acano ni ? Nak cari staff baru , macam takde orang nak mintak kerja jeee . Kerja part time pun takpe lah . Janji ada orang nak tolong aku utk susun stok baru nanti . Emm emm *buat muka simpati .

Dyla vavavouge sekarang kerja part time dekat First Lady . Jeles gila tengok dia kerja dekat situ . Buat stok dekat situ . Sbb dulu kiteorang kerja sesama , bila tengok dia kerja kedai lain . Emm emm sedih ! Huhu . Bila boring jeee melawat Dyla dekat kedai dia . Bila nak pergi toilet pun sanggup pergi kedai dia , ajak dia pergi toilet . Emm kerja aku boring gilaaa bila takde kawan . Haishhh !


Ni gambar tadi , sebelum masuk kerja , melepak dulu :D
Meletop kau Jah !

Tension tension ! Siapa dekat sini baik hati ? Tolong carikan aku pekerja utk bulan puasa ni ? Beria jelah aku letak "JAWATAN KOSONG" tu . Bukan ada orang mintak kerja pun . Lagi-lagi nak puasa ni . Sobs sobs ! Wei korang semua , meh lah kerja . Cari duit raya . Takan nak duduk rumah aje kottt ? Tak meriah lahhhh kan . Hahaha ! So pakat reramai cari kerja dekat kiosk aku tuuu . Haha !

Mana aci tengok kedai orang lain elok jeee ada staff kan , bila tengok kiosk kita , kosong jeee . Dah macam rumah usang jeee tengok nyeee . Arghhhhhhhhhh (!)


Berharap sangat
Esok ada orang mintak kerja
Kalau tak besok
Hari seterusnyaaa
Emmm (Y___Y)
K assalammualaikum


Monday, July 9, 2012

Kami Berpicnic (09 July 2012)

As Salam

Hoyeh hoyeh ! Harini hang out lagi dengan geng lanun aku ! Haaa kau ado ? Memang takdo lah kan . Hahaha ! Kitaorang pergi berpicnic wei . Ce teka dekat mana ? Pangkor ? Lata kijang ? Kuala woh ? Haa memang tak lah . Kitaorang berpicnic dekat taman permainan Teluk Intan tu je , sebelah sungai lagi tuuu . Kahkahkah tajuk kemain gah lagi kan ? *K abaikan tajuk (-,-)



Ni leee Sungai nyeee . Seronok dapat main ngorat-ngorat abang bawak bot dgn pacek pacek memancing *K propa ! (-,-)

Then ni semua plan si gendot aku sorang tu ( Dyla Rahmat ) Cepatttt search dekat FB , budak hotsss ni . Haha ! So kami yang lain-lain ni pun ikotkan aje plan dia . Tapi ada yang takde , Ema dgn Fie . Shoooo sadddd lah . Even dorang takde pun , event kami tetap meriahhh gitu ! Ahaksss .

FYI , hang out kali ni Dyla ade tentukan kaler baju kena pakai . Kalernye merah , hitam & putih . Tapi ade pulak sorang lanun ni tak reti nak ikot tema . Lari gilaaa kaler baju dia . Kaler HIJAUUU ! *Rase nak lempang je muka dia lelaju . Saddam please take note k !

Emm kenyang gilaaa makan tadi , sebab banyak gila makanan . Dyla bawak SPAGETTI AGLIOOO BOMBASTICA LA'DYLA (Nama taknak kalah . Puih !) , Saddam pulak bawak nasi lemak , Ola bawak keropok ikan + sos , Mejah bawak jeli-jeli , Im bawak air , Aku bawak keropok jenama GIANT yang rm1 tu . Hahaha ! Tak sangka lanun-lanun aku ni semua pandai masak . Auchumm ! Opss sorry terbersin (-,-)

Okay-okay ! Taknak cerita pepanjang , nak tunjuk dekat kome-kome semua gambar yang sempat kitaorang ambek ! Sebab lanun-lanun semua tu just nak tengok gambar dorang terpampang dalam blog aku ni jeee pun . Sebab dorang bajet deDIVA semuanyaaa *Flip hari haha !





Lanun pelahap ! Hahaha :p







Perghhh awesome nye kami ! Haha . Sekali sekala perasan tak salah kan :3

K ni je yang dapat share , byebye pembaca setia . Muahhh !


It's the times we're so crazy
that people think we're high
it's the times we laugh so hard
we can't help but cry
It's all the inside  jokes
and "remeber whens"
those are all the reasons
that we're BEST FRIEND !