My Super Duper Followers

PotPet PotPet !

I Love You . I Miss You . I Need You Muhammad Arif Bin Raduan .

Wednesday, March 28, 2012

HAPPY BIRTHDAY MUHAMMAD ARIF (:

As Salam

happy birthday to you !
happy birthday to you !
happy birthday to Arif !
happy birthday to you !

HAPPY BIRTHDAY SAYANG !


ehmm , seriously tak tahu nak post apa pasal birthday awak . tetiba kita jadi blurrr sekejap . haa ! okay , kita nak wish semoga awak panjang umur , murah rezeki , berjaya dalam hidup . eh eh umur awak dah 21 kan ? tua dahh ! weheee , so jgn nak mengada-ngada sgt yee pacik hihi .

tepat je pukul 12 tadi awak call kita kan ? sebab awak nak kita wish untuk awak . kita cakap mcm tersekat sekat sebab kita malu (><) hewhew !

awak cakap umur kita 25 nanti awak nak kahwin dgn kita kan ? okay , kita tunggu ye ? awak lambat , kita kahwin dgn orang lain ( err gurau )

awak awak ! kita sayang awak tau , sumpah ! kalau panjang jodoh kita , kita kahwin ye awak . nanti dah dapat anak , kita cerita dkt anak kita , mcm mana kita kenal ( err apa aku merepek ni --" ) okay stop !

HAPPY BIRTHDAY MUHAMMAD ARIF !



Tuesday, March 27, 2012

Dah Lulus ! Alhamdulillah !

As Salam

korang , korang ! harini kan kita ada test JPJ untuk lesen kereta . kita LULUS lah ! wahhh , punya lah cuak gila babi time tunggu turn tu , aku dapat nombor 9 . naseb baik lulus even dpt JPJ yang garang time dekat parking . siottt jeee dia marah aku haha ! sebab aku lupa pakai sit belt . abang JPJ tu cakap macam ni " dari tadi aku perhatikan kau tak pakai tali pinggang ! " haishhh naseb baik dia hensem huahua ! masa test dekat jalan raya pulak , 3 kali enjin kereta mati time dekat trafic light . erghhh hampeh lah kan , ni semua gara-gara orang belakang yang tak menyabo ! duk hon hon banyak kali . bodoh ke ape , macam lah tak nampak aku tengah test JPJ time tu . nampak bebeno bengong nye ! (-.-)


woot woot ! lepas ni boleh lah meronggeng dgn BFF aku naik kereta pulak ! yeay yeay ! dah jenuh naik motor , sampai hitam tangan aku ni haa . hmmm ( gedik )

okay ni aje aku nak cerita ! act , tengah happy sangat ni sebab dah LULUS test JPJ tadi . weheee !


okay ,
lepas ni boleh lah
aku bawak mama jejalan
naik kereta pulak !
yeay yeay


Tuesday, March 20, 2012

Aku Minta Maaf Sayang (Y_Y)

As Salam

Ya Allah , kau tabah kan lah hati hamba mu ini .

" sayang "

aku minta maaf kalau selama aku bersama dengan kau , aku dah banyak buat salah dengan kau . aku teruk kan ? aku ego ? ada jugak aku terfikir yang aku tak layak untuk kau . sebab kau baik kan ? baik sangat . tak mcm aku . aku ego !

harini aku sedih . aku sedih sangat sebab aku dah buat kau sedih dengan sikap aku yang mcm ni . kita tak texting mcm biasa harini kan sayang ? seharian aku tak tentu arah tunggu text dari kau . tapi , setiap kali ade mesej masuk , mesti dari orang lain . ehmmm . aku rasa kau dah meluat dengan perangai aku . kan ? aku tak pandai jaga hati kau . aku tahu .

aku nak menangis pun . air mata aku dah takde . sebak dalam hati aku ni , hanya Tuhan jelah yang tahu . awakkk ! kita sayang awak . sumpah ! mungkin kau rasa aku ego sgt kan ? tapi cinta aku untuk kau tak pernah berubah sedikit pun .

" takkan ada yang pisah kan kita , sekalipun kau telah tiada , akan ku pastikan ku memeluk mencium mu di syurga , jangan kau pergi tinggalkan aku , bawa aku kemana kau mahu , janji ku pada mu , jiwa dan raga ku , mati pun aku mahu "

ya Allah , aku rindu kau ! aku rinduuu ! :(


Monday, March 19, 2012

Sayang , Tolong Jangan Sweet Sangat Boleh ?

As Salam

errr apesal kau selalu sangat sweet sweet dgn aku haa ? weee aku cair duhh , aku cair ! tapi kalau tak sweet sweet time on the phone mana seronok kan ? tapi kekadang disebabkan kau terlampau sweet dgn aku , boleh buat aku malu (><) auwchh ! kau suka sakat aku kan ? lagi aku tak suka , lagi kau buat . tapi kau nampak comel sangat bila sakat aku . HEHE .

sayang sayang , sayang sayang sayang , sayang sayang sayang ?
haa ! ape aku merepek ni ?

ehmmm , siapa dekat sini sayang boipren dia ? angkat kening . fuhh fuhhh ramai tu yang sayang boipren dia kan ? aku pun mcm tuh jugak . serius aku sayang Arif . banyak sebab yang buat kenapa aku sayang dia . dia tak mcm lelaki yang aku kenal sebelum ni . kan sayang kan ? hihi (:

kekadang aku selalu terfikir , apa jadi dekat aku kalau Arif tinggal kan aku (?_?) perghhh parah ni parah ! susah nak terima kan . tapi insyaAllah kalau kita pandai jaga relationship kita dengan dia , selama-lama nya kita akan dengan dia kan ? amin . tapi , kalau dah memang tetulis dia bukan jodoh aku . erkkk ! susah nak cakap mcm mana kan . ehmmm .

kepada Arif Ku Sayang :

cinta aku dekat kau tak pernah berpaling . kalau betul kita ditakdirkan bersama . sumpah aku akan jaga cinta kita sampai kita tua nanti . aku taknak dah dekat orang lain . aku taknak dah bercinta dengan orang lain . sebab kau aku yang punya . dan aku kau yang punya . ingat tuuu ! kalau kau sayang orang lain , aku kasi pancung ! grrr HAHA . jangan ingat beby tak gangster okay .

Me Loves You Muhammad Arif


Sayang ,
I Love You So Much
I Miss You So Much
I Need You
ehmmm (Y_Y)


Tuesday, March 13, 2012

Dear Dyla ..

As Salam


 D Y L A ! ! !

tolong lah jangan sedih dah . aku tak boleh lah tengok org yang rapat dengan aku sedih mcm ni . kau sedih , aku pun jadi sedih . aku paham apa yang kau rasa sekarang ni , sebab aku pun rase kehilangan jugak . kau kena kuat lah sayang . kuat mcm keluang man ! opsss tak kuat sangat tu , ehmm macam superwomen ! boleh kan ? for sure boleh , aku tahu kau mesti boleh .

apa-apa pun kite kena redha , ni ketentuan Ilahi . dari tuhan kita datang , dan kepada tuhan jugalah kita pulang . kita hanya merancang right . kau kena kuat , sebab kau kena support Mejah . bayangkan kalau Mejah tahu kau mcm ni , confirm dia pun sedih kan ? dia akan drop kan ? so do i , aku pun akan turut sedih kalau kau berterusan mcm ni . cammon girl ! 
be strong ! (:

kalau kau sayang kan arwah , kami pun mcm tu jugak . things happen for a reason , let bygone be bygone . kita hanya mampu berdoa untuk arwah , semoga arwah tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman .
amin .

kami sentiasa ada untuk Mejah & kau . we loves you baby gemoks !
muahhhhh muahhhh !


wei gemoks ,
kau dengar sini ..
sumpah aku tak suka
tengok kau macam ni
seriously !
be strong dear


Sunday, March 11, 2012

Tuhan Lagi Sayang Kan Dia ( Maizurah Bakri )

As Salam

sedih yang teramat bila pagi pagi lagi dah dpt berita sedih . berita yang amat mengejutkan aku pabila adik kepada teman rapat aku Maizurah Bakri telah kembali ke rahmatullah pada 11 Mac 2012 , pukul 5 pagi . perit rasanya hati ni nak terima permergian seorang insan yang sangat peramah , baik hati , periang .

luluh hati aku bila melihat seorang yang periang terbareng dekat atas katil hospital . tak berdaya nak bangun langsung . masa tu , arwah dalam keadaan kritikal . menitis jugak air mata aku tengok keadaan Mai mcm tu . subahannallah ):

mmg tak boleh tidur malam tu sebab terkenang kan keadaan Mai yang tengah nazak dkt hospital . tengok keadaan abang dia ( Mejah ) lagi buat aku rasa sedih , sayu . ada jugak terfikir mcm mana family dorang nak teruskan kehidupan tanpa Mai .

* ehmmmmm , sumpah aku sedih sangat *


lastly aku dapat call dari Dyla , yang Mai dah tak ada . sedih aku rasa , sebab aku baru je lepas melawat dia dekat hospital . tapi , mungkin tu yang terbaik buat Mai . ni semua ketentuan ilahi . nak taknak , kita kena jugak redha dan terima semua ini dgn hati terbuka .

pagi tadi pergi rumah arwah dengan Dyla . time kami sampai , arwah sedang dimandikan . kemudian dikapankan . sebak hati aku bila tengok arwah dikapankan . dia muda lagi , muda sangat . terkilan pun ada dalam hati aku , sebab dia eksiden dengan bangkai lembu yang ada tengah jalan . sebab bangkai lembu tu jee , kami hilang Mai .

* STOP ! im crying right now *

apa-apa pun , aku doakan semoga arwah tenang di sana . kami semua sentiasa doakan untuk arwah . untuk family arwah , aku harap korang semua kuat dan tabah hadapi semua dugaan ini . AL-FATIHAH ):


kami semua akan merindui kamu Mai .


ajal maut 
di tangan Tuhan
kita hanya mampu
merancang
AL-FATIHAH


Wednesday, March 7, 2012

Woot Woot , Kita Dah Ada Relay Dekat Fesbuk !

As Salam

err segan pulak nak bagi tahu . sebenarnye kan , kitee dah ada relay dgn dia dekat fesbuk ! dulu selalu buat relay dgn joyah Dyla tu je . tapi sekarang tak dah ! sebab kitee dah buat relay dgn sayang kitee .

Anis Azlan Shah is in a relationship with Muhamad Arif Bin Raduan ?


tadaaa ! nampak tak ? sorry lah kalau tak berapa clear . ehmmm alahai segan lah kitee rase bilaa awak awak semua tengok relay kitee dgn dia . ceitt ! doakan kitee dgn dia bahagia tau , sampai anak cucu . aminnn (:

dear Arif :
beby sayang dekat sayang tahu . hope kite happy jee tau . takmau gado-gado . penat lah kalau asyik gado jee . ahaha !

ME LOVES YOU ARIF !

Tuesday, March 6, 2012

Egokah Aku ???

As Salam

aku tak tahu kenapa dgn aku harini , aku rasa aku teruk , aku tak layak untuk dia , aku tak reti jaga hati dia , aku teruk ! teruk ! aku ni EGO . sebab EGO aku ni jee , aku dapat rasa dia dah meluat dengan aku . hmmmm .

lepas ni , kau nak buat apa , kau buat lahhh . aku dah taknak halang apa yang kau buat , sebab bila aku pendam sendiri , diri aku sendiri yang sakit . seriously , i do not like this situation . hati aku menangis ada kau tahu ?


E G O

sebab kan ego aku ni terlampau tinggi , boleh buat aku dan kau bergaduh kan . tapi , kau ada fikir kenapa aku ego sampai mcm tu sekali ? ada kau tanya kenapa aku still pertahankan ego aku even aku rasa menyesal ? yang kau tahu , kau salahkan aku sebab aku terlampau EGO . please lah sayang , dulu aku tak pernah ego sampai mcm ni . i do not know how to take care of your feelings , right ? aku tahu , mesti kau fikir aku mcm tu . entah lah , aku dah malas nak cakap banyak . kita masing masing dah besar , boleh fikir mana baik , mana buruk .


k byee (Y_Y)


walau apa pun
yang aku rasa
sekarang ni
aku tetap
SAYANG KAU !


Sunday, March 4, 2012

Mr & Mrs A !

As Salam

okay , harini aku nak tunaikan request encik boboi aku sorang ni . dia mintak aku update blog pasal kami . kami ? mesti korang duk tanye siapa kami kan ? ehmm kami tu Anis & Arif . act , aku nak story mcm mana aku kenal encik boboi aku ni (:

1st :

aku kenal dia dekat FACEBOOK jee . nak kata cinta muka buku tu , rasanye tak kut . cause masa aku approve dia as a friend pun sbb dia dah ada mutual friend dgn bff aku si Ola tu . dgn pantasnyee aku pun terima jelahh kan . start dari tu , kami duk IM jelaa . 

lepas tu , time kerja tetibe Ola mesej aku cakap Arif nak number fon aku . mula-mula tuu terkejut jugak lah kan . sebab kenapa tak mintak time IM je kan HAHA . tapi rasa nyee kalau dia mintak time Im tuu , kompem kompem aku tak bagi . then , time tu aku rasa Arif ni pun mcm okay jee kan . aku pun ckp dekat Ola bg jelaa . alasan aku time tu sbb Arif ni pun kawan Ola jugak kan HAHA . thats why aku boleh bagi number fon aku dekat mamat tu . kami pun mesej and call jeee . tapi masa ni aku takde feeling lagi dekat dia .

2nd :

aku dengan Arif makin rapat . hari-hari mesej kan * auww sweet gitu * tapi kami makin rapat time bulan puasa . sebab aku rasa dia sweet sgt , baik sgt , caring sgt . amboi amboi HAHA ! seriously aku kekadang terfikir , kalau lahh aku dapat boyfie mcm dia , wahh aman dunia kan . ngeee ! mood tengah gatal masa tu . sbb tu duk fikir benda merepek jee kan . HEHE .

dan masa bulan puasa jugak lah , first time aku jumpa dia . auwchhh ! masa tuu , Ola Sarep dan encik boboi aku ni dah pakat benda ni . Dyla pun dah tahu . cuma aku sorang jee yang tak tahu lagi . al maklum lahh , sebab aku lah mangsa yang dorang nak kena kan . pfftt ! takpe takpe , aku redha and terima dengan hati terbuka ( POYO ) thanks Muhammad Arif sebab plan semua ni , katenye nak buat surprise untuk aku . grrrr ! mula-mula mmg rasa marah . tapi bilaa dah jumpa , tak tidur malam woo ! ( sumpah aku benci surprise )

cerita dia mcm ni , Ola ada bg tahu aku yang Sarep ( boyfie Ola ) nak balik Teluk Intan . dia nak bas dari Arau sampai sini . masa tu aku kerja sampai malam dengan Ola . Dyla pulak cuti . entah mcm mana , Sarep bg tahu Ola yang dia tertinggal bas time bas berhenti dekat Ipoh , and dia pesan dekat Ola tolong amek kan beg dia yang tertinggal dalam bas bila bas dah sampai Teluk Intan nanti , lepas tu tunggu dekat kfc . nanti Sarep amek beg dia dekat situ . Ola pun ajak aku teman kan dia amek beg tu . lepas jee tutup kedai pukul 10 malam tu . kami terus pergi stesen bas dekat bandar baru . dengan muka kesian , mintak beg tu balik . nasib baik dpt . yeayy ! dapat je beg , terus pergi kfc dengan muka yg sangat-sangat lah sakai HAHA .

dah sampai kfc , lepak dulu sementara tunggu Sarep sampai . Ola pun semangat pergi beli air dulu . time tu sepupu Ola pun ada , kak Anis .. tengah syok syok tunggu , tetibe aku nampak Sarep masuk . tapi dalam masa yang sama , aku mesej dengan Arif . bila aku tanye dia buat apa , dia cakap tengah proses burung puyuh dkt U dia tu . aku pun takde lah syak apa-apa kan . sebab aku tak tahu plan dorang ni . tengok Ola pun happy jee dapat jumpa boyfie dia kan . tengah sembang sembang dgn Sarep . tetibe ada pulak dorang mamat ni duduk sebelah aku . seriously aku ingat tu " orang gila " sebab dkt kfc Teluk Intan ada sorang orang gila , kami semua panggil dia " Farid Kamil " sebab muka dia sebijik mcm Farid Kamil , tapi dia cina .

okay kembali ke cerita asal , fuhh ! korang nak tahu siapa yang duduk sebelah aku tu ? taraaaaaaaaaaa !! encik boboi kita lah yang duduk sebelah kita tu . tp time tu kami kawan jee lagi . serious shit aku malu gilaaa tahap dewa ! tapi aku tengok Arif ni steady jee kan , mane tak steady nye , dah benda ni dia yang plan kan HAHA . ehmm tapi tak lama aku jumpa dia , sebab abah aku dah call suruh balik . yelahh , time tu pun dah pukul 11 malam . mau nyee abah tak risau kan . time nak balik , aku tengah duduk atas motor , Arif pulak dtg dekat sebelah aku buat muka comel . alahai , cair pulak aku tengok HAHA ! dah pandang muka dia sekejap , aku pun terus balik . sampai je rumah asyik ingat dia jee . dah mula rasa sayang dekat dia . ehem ehem !

3rd :

hari esoknyee , time berbuka dia ada datang kedai sekejap . sebab time tuu dia dengan Sarep nak amek Ola pergi keluar berbuka sesama . tinggal lah aku dengan Dyla je time tu . tapi aku memang MALU GILA lah bila jumpa dia depan depan . mane tak nyee , sebelum ni mesej jee kan . HIHI

blaa blaa blaa
( ade cerita yg tak penting )

okay esok harinya , dia nak balik dah . balik mana pun aku dah lupa . dia ckp kalau boleh nak singgah giant , nak jumpa aku dulu . tapi tak dapat jumpa pun . sbb dah lambat and takut tertinggal bas . sobs sobs sedih gilaa rasa time tu . tapi takpe lah , at least aku dapat jumpa dia even sekejap je kan . and kami tak declare pun couple ke apa . tapi kami declare masa 1 NOVEMBER 2011 . ni tarikh dia lamar aku jadi girlfie dia . auw auw ! aku dengan gediknyee terima lamaran dia . HAHA ! tapi aku sedih sebab tak dpt tangkap gambar berdua dengan dia . sedih sgt ! (Y_Y)

********************

okay sayang , aku nak bagitahu kau yang aku betul-betul happy bila dengan kau . aku takan cari lain . sebab aku rasa kau orang yang aku nak ada dengan aku hari-hari . kau tahu kan banyak mana aku sayang kau ? sebab aku pernah bagitahu dekat kau . sayang aku dekat kau setinggi bangunan KLCC . tapi kau rasa lawak kan ? setiap apa saje perkataan yang keluar dari mulut aku , benda tu adalah benar . aku sayang kau , and i hope that you also same like me .

Us
Muhammad Arif & Raja Anis Ashiqin


ME LOVES YOU SO MUCH SAYANG !


Encik Boboi ,
kite sayang awak tau ,
please jangan kecewa kan kite ,
awak dah janji kan ,
nak jaga LOVE kite ni ?
kite pun macam tu jugak !
mmuuaahh lebiu sayang .


Thursday, March 1, 2012

Jutaria !

As Salam

korang , korang ! tadi kan dekat tempat kerja , kite main jutaria dengan kawan kitee , best tauuu ! rugi siapa yang tak join ( puihh gedik )

erhhh okay ni cerita sebenar , dkt tempat kerja tadi , entah kenapa tetibe si Una ajak aku dengan kak Ct main jutaria . mula-mula tuuu aku memang malas gilaaa kot nak main benda alah tu . alasan aku , sebab aku da lama gilaaa tak main . tapi Una nak jugak main kan . aku pun dengan terpaksa main lah jugak . tapi kami main dekat kedai jamu Vida Beauty .


pin pon ! kak Ct banyak sgt beli tanah ! grrr !

muka agak blurr bilaaa dah lama tak main kan , tapi bila dah lama sikit , aku pulak yang over lebih , serious shit memang seronok gilaa gaban lah kan . sebab aku yang paling KAYA antara dorang HAHA ! lepas tuu gelak bagai nak gilaaa . aku rasa kedai jamu Vida Beauty paling meriah harini HAHA !


errr Una paling semangat sebab dia yang over masa ni --"

part yang paling aku suka masa main jutaria ni bilaa aku dah ada rumah / hotel , tetibee dorang duk pijak tanah aku . HAHA ! memang banyak lahh duit aku lepas tuuu . yang Una dgn kak Ct duk merungut . kelakar bilaaa dorang sanggup hutang dulu bila dah takde duit nak bayar dekat aku HAHA ! tapi yang penting aku MENANG masa main benda ni . yeayyy ! esok nak main lagi lahhh . k byeebyee !


bila main jutaria ni
aku rasa kaya sekejap
seronok wei bila jadi
KAYA !