My Super Duper Followers

PotPet PotPet !

I Love You . I Miss You . I Need You Muhammad Arif Bin Raduan .

Thursday, June 7, 2012

R . I . N . D . U ( Part I )

As Salam

Okay kita rindu boyfriend kita ! Semakin hari semakin rindu . Bila cerita dekat kawan-kawan , dorang cakap " pergilah jumpa BF kau tu " Wahai kawan-kawan ku tersayang . Dia duduk Klang , kita duduk Teluk Intan . Susah sikit bagi kita nak pergi jumpa dia . Bila tengah kerja , duk tengok orang dating sana sini . Jelous wooo ! Gila apa tak jelous . Haha . Tapi takpe lahhh . Kita hanya mampu pandang dan senyum jaaa sampai couple tu hilang dari mata kita . Hmmm .



Time ni kiteorang tengah nge-date . Haha ! Rindu time berdua dengan dia . Emm emm tak apalah . Jarang jumpa pun ada kebaikanya jugak kan ? At least boleh elak dari benda bukan-bukan kan ? ( Iyee iyee je aku ni )


Motif tangkap gambar kaki ni , konon-konon nampak sweet lah . Haha ! Booo sikit dekat kita . Hahaha . K lah , dah tahu nak tulis apa . Just nak cakap kita rindu dia . Tu ajeeee . Ohoiiiiiii ! K byeee .


Dear Arif ,
Aku rindu kau lah gile
Tahu tak ? Tahu tak ?
Mesti lah tak kan .


Tuesday, May 29, 2012

Kuala Lumpur .


As Salam Semua !

Fuhh fuhh lama gilaa doe tak meng'update blog ni . Busy sgt lately ni *ececehhh ayat poyo . Okay , harini just nak cerita pasal kita pergi KL haritu . Jejalan dengan kakak-kakak dan abang ipar . Seronok gilaa lah kan . Tapi kalau abah mama Amin dengan Atan ada , confirm lagi seronok kan . Emmm . Nak tunjuk gambar ajeee pun . Scrool ke bawah yeee HEHE (:

Mee Tarik Warisan Asli Hassan mariii ! Sumpah sedap !

K ni first time jejak kaki dekat I-city . Jakun kot time ni . HAHA !








Ini kakak-kakak dan abang ipar saya .
Sweet couple . Auw auw .

Lepas ni takde lah macam orang ketinggalan zaman kan , bila kekawan duk cerita pasal I-city , kita diam je . Maklum lah sebab tak pernah pergi kan . Haha ! Sekarang bila ada yang cakap pasal I-city je , excited pulak nak menyampuk . Haha ! *buruk perangai .






Sempat lagi tangkap gambar before keluar rumah . Hehe ! Comel kan kami ?

Esoknyaaa , layan pulak nasik atas ni ! Perghhh memang the best lah . Nampak mcm biasa ajeee kan ? Tapi bilaaa dah makan ! Fuhhh kenyang wei . Sedap gila doeee HAHA .

P/S : Terima kasih dekat kakak sebab bagi kita stay dekat rumah dia . Lena ohhh tidur dekat rumah dia HEHE .



Sekali dah pergi
Rasa mcm nak pergi lagi
Kuala Lumpur
Wait for me yahhh (:

Sunday, April 29, 2012

Akibat Terlalu Rajin . Pfft !

As Salam

Harini masuk dua hari kita kerja sesorang . Staf lagi sorang tu cuti . Tengah seronok online dekat tempat kerja tadi , tetibe staf tu inbox kita dekat FB . Dia kata nak berhenti *terdiam sekejap* Okay lepas ni , kita kena kerja full hari-hari sampai dapat staf baru . Emm :3

Petang sikit , bos datang bawak stok baju kurung , tudung baru . Aku tak semangat nak buat kerja sesorang . Tapi ada sorang kakak tu tolong , sebab dia kerja dgn bos aku jugak , cuma dia jaga kiosk lain . Bos kita kan kaya , sampai dua kiosk dia ada dekat situ (-.-)

Tengah syok-syok hanger baju kurung , ZAPPP ! Jari kita kena jarum , jarum yg besar amat tu . Perghhh memang sedap rasa dia . Dari mana jarum tu datang pun kita tak tahu , sesat agaknyaaa . Pfft ! Terus terdiam sekejap . Akak tu cakap gigit lah jari tu . Tapi kita taknak sebab geli . Huahua .


Tudiaaa ! Darah kemain seronok lagi keluar time ni . Haha . 

Tajuk kemain propa lagi kan , cerita nyaaa entah apa-apa ajeee kan . Haha ! Bila dah kerja sorang balik ni , serius kita rasa lain sekejap . Yelahhh dengan mana-mana staf pun kita sayang . Dari dulu sampai lah yang sekarang ni . Emm last-last semua nak berhenti . Haishhh terasanyaaa kita rasa . Err okay tu jeee ceritanyaaa . K byeee .



Be regular and orderly
in your life ,
So that you may be
violent and original
in your WORK .




Wednesday, April 25, 2012

Sebelum & Selepas

As Salam

sebelum dan selepas . okayyy , korang paham tak maksud kita apa ? maksud kita , SEBELUM seorang lelaki mendapatkan seorang perempuan yang dia nak dan SELEPAS seorang lelaki itu dah dapat perempuan yang dia nak .


SEBELUM :

1. apa yang perempuan nak , lelaki sanggup bagi
2. bila perempuan merajuk , beria-ria lelaki pujuk
3. bila perempuan marah , lelaki sanggup minta maaf
4. perempuan buat perangai sikit , lelaki tak marah pun
5. Sejam perempuan tak mesej , lelaki dah rindu

SELEPAS :

1. perempuan nak apa-apa , lelaki tangguh dulu
2. perempuan merajuk , lelaki peduli apa
3. perempuan marah , lelaki buat tak tahu
4. perempuan buat perangai , lelaki mengamuk bagai nak rak
5. perempuan tak mesej 24jam , lelaki tak kisah pun

okay , kita bagi lima ni pun dah cukup kan ? sebab kalau bg banyak-banyak nanti takut panjang berjela pulak post kita kali ni . hewhew . bila dah hidup bercouple ni , baru lah kita rasa semua ni kan ? alahh normal lah tu , adat bercinta . tapi bagi kita , NO ! ini semua bukan adat bercinta . haha .

wahai kaum adam . tolong lah jangan buat kaum hawa macam tu . masa belum dapat , manis belaka . bila dah dapat , masam yang kaum hawa dapat . kalau nak relationship tahan lama , please ubah semua ni . bukan kita seorang aje yang rasa benda ni . semua orang akan rasa jugak .

kita ni kalau couple biar lah sampai ke jinjang pelamin ye dak ? haha . tapi kalau dah mcm tu rupa nya , kena fikir banyak kali lah sebelum nak kahwin . ini baru couple , dah ada istilah "SEBELUM & SELEPAS" . tapi kalau dah kahwin nanti still ada istilah ni . agak agak korang apa jadi ? jeng jeng jeng . hewhew !


kan comel kalau ending dia mcm gambar atas ni . haiii tak sabar pulak nak kahwin rasa nyaaa . emmm mama abah ! Anis nak kahwin sekarang bolehhh ? wink wink !


never ask why I LOVE YOU
just accept that I DO
because words simply
cannot tell how much
I LOVE YOU
As Salam


Monday, April 9, 2012

3 April 2012 . Me And You !

As Salam

" rindu dendam bisa terubat , andai sudah bertentang mata , pasti kasih berpadu , terlerai rindu di hati "

3 April 2012 , kita dengan boipren kita date ! wehee suka gilaa bila dapat jumpa dia . siapa yang tak suka jumpa boipren dia kan , menipu lah kalau ada yang kata dia tak suka date . ah tipu ! tipu ! hewhew . haritu kita rasa neves gila babeng lah . sebab last kita jumpa dia masa bulan puasa thn lepas . lama kan ? Y_Y

kami jumpa dekat mcd aje pun , dah takde tempat lain , tempat tu je yang dekat dengan tempat kerja kita . kita tunggu dia dari pagi , last last dia sampai lambat , dari Arau nak ke Teluk Intan . kompem lah lambat kan . emm nak dekat malam baru sampai . grr marah gilaa kut time tu ! tapi takpe lahhh , sebab dia datang sini nak jumpa kita kan , takan kita nak marah dia pulak (:

kita tunggu je mesej dari dia , kita tak sabar nak bace mesej dia yang macam ni " beby , sayang dah sampai " wehee ! last last , kita dapat jugak mesej tu ! kelam kabut kita turun bawah , nak pergi mcd jumpa dia . tapi time tu kita mmg dkt mcd pun . sebab teman Una beli beger (-.-)

lepas tu kita tunggu dia dekat meja belakang , dup dap dup dap jantung kita time tu ! rasa rindu , malu , neves , nak nanges semua ada ! kita mesej dia , kita cakap kita tunggu dekat meja tu , dia pun datang . dia duduk depan kita . ahhh malunya rasa kan ! tapi kita berlagak cool aje time tu . padahal dalam hati gelabah gilaaa kan . hewhew .

dia suruh kita order fries dgn air . kita pun order lah , tapi kita dapat free aje , siap dapat mcflurry oreo lagi tuuu . sebab abang kita belanja . woot woot ! malu pulak bila kita date , abang kita nampak kan . dia sorang aje makan , kita tak makan pun . kita tengok jee dia makan ! auwchhh comel lah hewhew . lepas dah makan , kami sembang sembang , manja manja . sweet sweet gitu kan . then dia amek duit rm10 , dia koyak dua , separuh dia simpan and lagi separuh dia suruh kita simpan . aummm ! comel gitu :D


nak dekat pukul 9 mcm tu , kawan dia dah dtg mcd , nak amek boboi kita bawak balik ! err sedih nyaaa ! tapi sebelum dorang balik , dorang lepak makan makan dulu . nak dekat pukul 10 mcm tu baru dorang balik . masa tu kita dah diam dah , dah mula rasa nak menangis . sedih bodoh tenguk dia nak balik Y_Y

sebelum dia pergi tempat parking kereta tu , dia cakap " ILOVEYOU " dekat kita . kita tunduk jee time tu , emmm dalam hati kita , kita cakap " tolong lah jangan balik " tapi , kita tahu dia kena balik jugak . sampai dia pergi dekat kereta , kita pandang dia . kereta dia dah belah , baru kita naik atas balik . mata pun berair time tu . sobs sobs !

awak ! kita nak lagi mcm ni . nak jugak ! tak kireee . nanti awak dtg jumpa kita lagi tau . kita nak sembang dengan awak sampai awak bosan nak dengar apa yg kita cakap hewhew . awak suruh kita jaga " love " kita kan ? okay awak ! i will , just for you sayang ! muahhh !

kita sayang Muhammad Arif !


if a hug represented
how much i loved you
i would hold you
in my arms forever
emuahhh !


Wednesday, March 28, 2012

HAPPY BIRTHDAY MUHAMMAD ARIF (:

As Salam

happy birthday to you !
happy birthday to you !
happy birthday to Arif !
happy birthday to you !

HAPPY BIRTHDAY SAYANG !


ehmm , seriously tak tahu nak post apa pasal birthday awak . tetiba kita jadi blurrr sekejap . haa ! okay , kita nak wish semoga awak panjang umur , murah rezeki , berjaya dalam hidup . eh eh umur awak dah 21 kan ? tua dahh ! weheee , so jgn nak mengada-ngada sgt yee pacik hihi .

tepat je pukul 12 tadi awak call kita kan ? sebab awak nak kita wish untuk awak . kita cakap mcm tersekat sekat sebab kita malu (><) hewhew !

awak cakap umur kita 25 nanti awak nak kahwin dgn kita kan ? okay , kita tunggu ye ? awak lambat , kita kahwin dgn orang lain ( err gurau )

awak awak ! kita sayang awak tau , sumpah ! kalau panjang jodoh kita , kita kahwin ye awak . nanti dah dapat anak , kita cerita dkt anak kita , mcm mana kita kenal ( err apa aku merepek ni --" ) okay stop !

HAPPY BIRTHDAY MUHAMMAD ARIF !



Tuesday, March 27, 2012

Dah Lulus ! Alhamdulillah !

As Salam

korang , korang ! harini kan kita ada test JPJ untuk lesen kereta . kita LULUS lah ! wahhh , punya lah cuak gila babi time tunggu turn tu , aku dapat nombor 9 . naseb baik lulus even dpt JPJ yang garang time dekat parking . siottt jeee dia marah aku haha ! sebab aku lupa pakai sit belt . abang JPJ tu cakap macam ni " dari tadi aku perhatikan kau tak pakai tali pinggang ! " haishhh naseb baik dia hensem huahua ! masa test dekat jalan raya pulak , 3 kali enjin kereta mati time dekat trafic light . erghhh hampeh lah kan , ni semua gara-gara orang belakang yang tak menyabo ! duk hon hon banyak kali . bodoh ke ape , macam lah tak nampak aku tengah test JPJ time tu . nampak bebeno bengong nye ! (-.-)


woot woot ! lepas ni boleh lah meronggeng dgn BFF aku naik kereta pulak ! yeay yeay ! dah jenuh naik motor , sampai hitam tangan aku ni haa . hmmm ( gedik )

okay ni aje aku nak cerita ! act , tengah happy sangat ni sebab dah LULUS test JPJ tadi . weheee !


okay ,
lepas ni boleh lah
aku bawak mama jejalan
naik kereta pulak !
yeay yeay