My Super Duper Followers

PotPet PotPet !

I Love You . I Miss You . I Need You Muhammad Arif Bin Raduan .

Monday, April 9, 2012

3 April 2012 . Me And You !

As Salam

" rindu dendam bisa terubat , andai sudah bertentang mata , pasti kasih berpadu , terlerai rindu di hati "

3 April 2012 , kita dengan boipren kita date ! wehee suka gilaa bila dapat jumpa dia . siapa yang tak suka jumpa boipren dia kan , menipu lah kalau ada yang kata dia tak suka date . ah tipu ! tipu ! hewhew . haritu kita rasa neves gila babeng lah . sebab last kita jumpa dia masa bulan puasa thn lepas . lama kan ? Y_Y

kami jumpa dekat mcd aje pun , dah takde tempat lain , tempat tu je yang dekat dengan tempat kerja kita . kita tunggu dia dari pagi , last last dia sampai lambat , dari Arau nak ke Teluk Intan . kompem lah lambat kan . emm nak dekat malam baru sampai . grr marah gilaa kut time tu ! tapi takpe lahhh , sebab dia datang sini nak jumpa kita kan , takan kita nak marah dia pulak (:

kita tunggu je mesej dari dia , kita tak sabar nak bace mesej dia yang macam ni " beby , sayang dah sampai " wehee ! last last , kita dapat jugak mesej tu ! kelam kabut kita turun bawah , nak pergi mcd jumpa dia . tapi time tu kita mmg dkt mcd pun . sebab teman Una beli beger (-.-)

lepas tu kita tunggu dia dekat meja belakang , dup dap dup dap jantung kita time tu ! rasa rindu , malu , neves , nak nanges semua ada ! kita mesej dia , kita cakap kita tunggu dekat meja tu , dia pun datang . dia duduk depan kita . ahhh malunya rasa kan ! tapi kita berlagak cool aje time tu . padahal dalam hati gelabah gilaaa kan . hewhew .

dia suruh kita order fries dgn air . kita pun order lah , tapi kita dapat free aje , siap dapat mcflurry oreo lagi tuuu . sebab abang kita belanja . woot woot ! malu pulak bila kita date , abang kita nampak kan . dia sorang aje makan , kita tak makan pun . kita tengok jee dia makan ! auwchhh comel lah hewhew . lepas dah makan , kami sembang sembang , manja manja . sweet sweet gitu kan . then dia amek duit rm10 , dia koyak dua , separuh dia simpan and lagi separuh dia suruh kita simpan . aummm ! comel gitu :D


nak dekat pukul 9 mcm tu , kawan dia dah dtg mcd , nak amek boboi kita bawak balik ! err sedih nyaaa ! tapi sebelum dorang balik , dorang lepak makan makan dulu . nak dekat pukul 10 mcm tu baru dorang balik . masa tu kita dah diam dah , dah mula rasa nak menangis . sedih bodoh tenguk dia nak balik Y_Y

sebelum dia pergi tempat parking kereta tu , dia cakap " ILOVEYOU " dekat kita . kita tunduk jee time tu , emmm dalam hati kita , kita cakap " tolong lah jangan balik " tapi , kita tahu dia kena balik jugak . sampai dia pergi dekat kereta , kita pandang dia . kereta dia dah belah , baru kita naik atas balik . mata pun berair time tu . sobs sobs !

awak ! kita nak lagi mcm ni . nak jugak ! tak kireee . nanti awak dtg jumpa kita lagi tau . kita nak sembang dengan awak sampai awak bosan nak dengar apa yg kita cakap hewhew . awak suruh kita jaga " love " kita kan ? okay awak ! i will , just for you sayang ! muahhh !

kita sayang Muhammad Arif !


if a hug represented
how much i loved you
i would hold you
in my arms forever
emuahhh !


Wednesday, March 28, 2012

HAPPY BIRTHDAY MUHAMMAD ARIF (:

As Salam

happy birthday to you !
happy birthday to you !
happy birthday to Arif !
happy birthday to you !

HAPPY BIRTHDAY SAYANG !


ehmm , seriously tak tahu nak post apa pasal birthday awak . tetiba kita jadi blurrr sekejap . haa ! okay , kita nak wish semoga awak panjang umur , murah rezeki , berjaya dalam hidup . eh eh umur awak dah 21 kan ? tua dahh ! weheee , so jgn nak mengada-ngada sgt yee pacik hihi .

tepat je pukul 12 tadi awak call kita kan ? sebab awak nak kita wish untuk awak . kita cakap mcm tersekat sekat sebab kita malu (><) hewhew !

awak cakap umur kita 25 nanti awak nak kahwin dgn kita kan ? okay , kita tunggu ye ? awak lambat , kita kahwin dgn orang lain ( err gurau )

awak awak ! kita sayang awak tau , sumpah ! kalau panjang jodoh kita , kita kahwin ye awak . nanti dah dapat anak , kita cerita dkt anak kita , mcm mana kita kenal ( err apa aku merepek ni --" ) okay stop !

HAPPY BIRTHDAY MUHAMMAD ARIF !



Tuesday, March 27, 2012

Dah Lulus ! Alhamdulillah !

As Salam

korang , korang ! harini kan kita ada test JPJ untuk lesen kereta . kita LULUS lah ! wahhh , punya lah cuak gila babi time tunggu turn tu , aku dapat nombor 9 . naseb baik lulus even dpt JPJ yang garang time dekat parking . siottt jeee dia marah aku haha ! sebab aku lupa pakai sit belt . abang JPJ tu cakap macam ni " dari tadi aku perhatikan kau tak pakai tali pinggang ! " haishhh naseb baik dia hensem huahua ! masa test dekat jalan raya pulak , 3 kali enjin kereta mati time dekat trafic light . erghhh hampeh lah kan , ni semua gara-gara orang belakang yang tak menyabo ! duk hon hon banyak kali . bodoh ke ape , macam lah tak nampak aku tengah test JPJ time tu . nampak bebeno bengong nye ! (-.-)


woot woot ! lepas ni boleh lah meronggeng dgn BFF aku naik kereta pulak ! yeay yeay ! dah jenuh naik motor , sampai hitam tangan aku ni haa . hmmm ( gedik )

okay ni aje aku nak cerita ! act , tengah happy sangat ni sebab dah LULUS test JPJ tadi . weheee !


okay ,
lepas ni boleh lah
aku bawak mama jejalan
naik kereta pulak !
yeay yeay


Tuesday, March 20, 2012

Aku Minta Maaf Sayang (Y_Y)

As Salam

Ya Allah , kau tabah kan lah hati hamba mu ini .

" sayang "

aku minta maaf kalau selama aku bersama dengan kau , aku dah banyak buat salah dengan kau . aku teruk kan ? aku ego ? ada jugak aku terfikir yang aku tak layak untuk kau . sebab kau baik kan ? baik sangat . tak mcm aku . aku ego !

harini aku sedih . aku sedih sangat sebab aku dah buat kau sedih dengan sikap aku yang mcm ni . kita tak texting mcm biasa harini kan sayang ? seharian aku tak tentu arah tunggu text dari kau . tapi , setiap kali ade mesej masuk , mesti dari orang lain . ehmmm . aku rasa kau dah meluat dengan perangai aku . kan ? aku tak pandai jaga hati kau . aku tahu .

aku nak menangis pun . air mata aku dah takde . sebak dalam hati aku ni , hanya Tuhan jelah yang tahu . awakkk ! kita sayang awak . sumpah ! mungkin kau rasa aku ego sgt kan ? tapi cinta aku untuk kau tak pernah berubah sedikit pun .

" takkan ada yang pisah kan kita , sekalipun kau telah tiada , akan ku pastikan ku memeluk mencium mu di syurga , jangan kau pergi tinggalkan aku , bawa aku kemana kau mahu , janji ku pada mu , jiwa dan raga ku , mati pun aku mahu "

ya Allah , aku rindu kau ! aku rinduuu ! :(


Monday, March 19, 2012

Sayang , Tolong Jangan Sweet Sangat Boleh ?

As Salam

errr apesal kau selalu sangat sweet sweet dgn aku haa ? weee aku cair duhh , aku cair ! tapi kalau tak sweet sweet time on the phone mana seronok kan ? tapi kekadang disebabkan kau terlampau sweet dgn aku , boleh buat aku malu (><) auwchh ! kau suka sakat aku kan ? lagi aku tak suka , lagi kau buat . tapi kau nampak comel sangat bila sakat aku . HEHE .

sayang sayang , sayang sayang sayang , sayang sayang sayang ?
haa ! ape aku merepek ni ?

ehmmm , siapa dekat sini sayang boipren dia ? angkat kening . fuhh fuhhh ramai tu yang sayang boipren dia kan ? aku pun mcm tuh jugak . serius aku sayang Arif . banyak sebab yang buat kenapa aku sayang dia . dia tak mcm lelaki yang aku kenal sebelum ni . kan sayang kan ? hihi (:

kekadang aku selalu terfikir , apa jadi dekat aku kalau Arif tinggal kan aku (?_?) perghhh parah ni parah ! susah nak terima kan . tapi insyaAllah kalau kita pandai jaga relationship kita dengan dia , selama-lama nya kita akan dengan dia kan ? amin . tapi , kalau dah memang tetulis dia bukan jodoh aku . erkkk ! susah nak cakap mcm mana kan . ehmmm .

kepada Arif Ku Sayang :

cinta aku dekat kau tak pernah berpaling . kalau betul kita ditakdirkan bersama . sumpah aku akan jaga cinta kita sampai kita tua nanti . aku taknak dah dekat orang lain . aku taknak dah bercinta dengan orang lain . sebab kau aku yang punya . dan aku kau yang punya . ingat tuuu ! kalau kau sayang orang lain , aku kasi pancung ! grrr HAHA . jangan ingat beby tak gangster okay .

Me Loves You Muhammad Arif


Sayang ,
I Love You So Much
I Miss You So Much
I Need You
ehmmm (Y_Y)


Tuesday, March 13, 2012

Dear Dyla ..

As Salam


 D Y L A ! ! !

tolong lah jangan sedih dah . aku tak boleh lah tengok org yang rapat dengan aku sedih mcm ni . kau sedih , aku pun jadi sedih . aku paham apa yang kau rasa sekarang ni , sebab aku pun rase kehilangan jugak . kau kena kuat lah sayang . kuat mcm keluang man ! opsss tak kuat sangat tu , ehmm macam superwomen ! boleh kan ? for sure boleh , aku tahu kau mesti boleh .

apa-apa pun kite kena redha , ni ketentuan Ilahi . dari tuhan kita datang , dan kepada tuhan jugalah kita pulang . kita hanya merancang right . kau kena kuat , sebab kau kena support Mejah . bayangkan kalau Mejah tahu kau mcm ni , confirm dia pun sedih kan ? dia akan drop kan ? so do i , aku pun akan turut sedih kalau kau berterusan mcm ni . cammon girl ! 
be strong ! (:

kalau kau sayang kan arwah , kami pun mcm tu jugak . things happen for a reason , let bygone be bygone . kita hanya mampu berdoa untuk arwah , semoga arwah tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman .
amin .

kami sentiasa ada untuk Mejah & kau . we loves you baby gemoks !
muahhhhh muahhhh !


wei gemoks ,
kau dengar sini ..
sumpah aku tak suka
tengok kau macam ni
seriously !
be strong dear


Sunday, March 11, 2012

Tuhan Lagi Sayang Kan Dia ( Maizurah Bakri )

As Salam

sedih yang teramat bila pagi pagi lagi dah dpt berita sedih . berita yang amat mengejutkan aku pabila adik kepada teman rapat aku Maizurah Bakri telah kembali ke rahmatullah pada 11 Mac 2012 , pukul 5 pagi . perit rasanya hati ni nak terima permergian seorang insan yang sangat peramah , baik hati , periang .

luluh hati aku bila melihat seorang yang periang terbareng dekat atas katil hospital . tak berdaya nak bangun langsung . masa tu , arwah dalam keadaan kritikal . menitis jugak air mata aku tengok keadaan Mai mcm tu . subahannallah ):

mmg tak boleh tidur malam tu sebab terkenang kan keadaan Mai yang tengah nazak dkt hospital . tengok keadaan abang dia ( Mejah ) lagi buat aku rasa sedih , sayu . ada jugak terfikir mcm mana family dorang nak teruskan kehidupan tanpa Mai .

* ehmmmmm , sumpah aku sedih sangat *


lastly aku dapat call dari Dyla , yang Mai dah tak ada . sedih aku rasa , sebab aku baru je lepas melawat dia dekat hospital . tapi , mungkin tu yang terbaik buat Mai . ni semua ketentuan ilahi . nak taknak , kita kena jugak redha dan terima semua ini dgn hati terbuka .

pagi tadi pergi rumah arwah dengan Dyla . time kami sampai , arwah sedang dimandikan . kemudian dikapankan . sebak hati aku bila tengok arwah dikapankan . dia muda lagi , muda sangat . terkilan pun ada dalam hati aku , sebab dia eksiden dengan bangkai lembu yang ada tengah jalan . sebab bangkai lembu tu jee , kami hilang Mai .

* STOP ! im crying right now *

apa-apa pun , aku doakan semoga arwah tenang di sana . kami semua sentiasa doakan untuk arwah . untuk family arwah , aku harap korang semua kuat dan tabah hadapi semua dugaan ini . AL-FATIHAH ):


kami semua akan merindui kamu Mai .


ajal maut 
di tangan Tuhan
kita hanya mampu
merancang
AL-FATIHAH