My Super Duper Followers

PotPet PotPet !

I Love You . I Miss You . I Need You Muhammad Arif Bin Raduan .

Friday, March 8, 2013

" S A H A B A T "

Assalammualaikum (^^,)

Hi peeps ! Ehem harini aku nak cerita pasal "sahabat" . Dalam dunia ni semua orang ada "sahabat" kan ? Even kita berumur setahun pun kita dah ada "sahabat" . Aku pun ada "sahabat" jugak . Sahabat baik ? Sahabat susah senang ? Sahabat yang bertopengkan haiwan ? Sahabat itu , sahabat ini . Banyak kan kategori sahabat yang kita ada selama kita hidup ni ? 

*Gambar hiasan , model : me w/ Dyla*

Sahabat Baik ,
Aku ada sahabat baik aku sendiri . Aku sayang dorang macam aku sayang adik beradik aku sendiri . Aku sayang dorang macam aku sayang keluarga aku . Kalau nak enjoy sekalipun , aku sanggup tunggu dorang ada dekat sini baru aku rasa ada hati nak keluar . Tapi sayang , dorang sekarang agak jauh dari aku . Emmm alahhh tak apa , dorang jauh pun sebab study . Kekadang aku rindu dorang , kekadang aku cemburu dengan dorang , kekadang aku rasa marah dengan dorang . Tapi , semua perasaan ni tak boleh buang rasa sayang aku terhadap dorang semua . Haaa nampak tak ? Sweet kan aku ? Agagaga (-,-)

*Gambar hiasan , model : Me , Nuoi w/ kak Rina*

Sahabat Yang Bertopengkan Haiwan ,
Selama dua tahun aku dah masuk dalam alam pekerjaan ni , macam-macam jenis orang aku jumpa . Terlampau banyak memori pahit yang aku terima di alam pekerjaan ni . Aku bukan nak kata yang aku sorang je pernah alami semua ni , no ! For sure orang lain pun ada alami benda yang sama macam aku .

Bila dah kerja , mesti ada sesi mengumpat , mengutuk , tak puas hati sana sini . Lagi-lagi kalau kita kerja dalam kumpulan yang ramai perempuan . Susah sangat rasanya bila dah hadapi benda macam ni . TAPI ! haaa nampak tak caps lock tu haha . Tapi , bila jadinya benda macam ni , ada baiknya jugak sebab kita dapat tahu siapa kawan siapa lawan time tu hehehe . Aku tahu sebab benda ni pernah jadi dekat aku (^,^)

*Gambar hiasan , model : me w/ Daya*

So disini aku nak nasihatkan , bila dah masuk alam pekerjaan kan , korang tak payah lah nak ada geng geng semua tu . Lagi senang kalau semua orang korang kawan , then kalau ada yang susah nak minta tolong tu , korang tolong lah kan . Jangan leee jadi dungu pulak HAHA ! Sebab bila dah ada geng ni lah akan buat korang terperangkap dalam isu "Sahabat Yang Bertopengkan Haiwan" ni . Phewww macam nak buat karangan pun ada dah ni HAHA ! Tapi ini serius , better buat hal sendiri daripada cari penyakit nak kumpul geng semua tu .

Aku nak share sikit lah pengalaman pasal sorang minah dekat tempat kerja aku ni , means bukan lah satu kedai dengan aku . Dia kedai lain tapi kami satu bos . Minah ni dia sometimes nampak baik , sebab dia "macam" seorang kawan yang PRIHATIN terhadap kawan-kawan dia . Dia tanya itu ini , bagi nasihat itu ini , tapi dalam masa yang sama dia BATU API paling besar sekali , and dia jugak TALAM DUA MUKA . Sikap PRIHATIN tiruan yang ada dalam diri dia tu semata-mata untuk mengorek segala rahsia yang kami ada , then bila dia dah cukup bahan , dia akan lagakan orang itu dengan orang ini . Wow pandai kan dia ? Of course NO ! Dia dungu ! Dia jahat ! Dia bangang ! Dia segala-galanya ! Dia cuma berani kata belakang je , lepastu dia perli orang dengan cara buat status di "FACEBOOK" . Hello , wake up please ! Apa kau dapat kalau post dekat FACEBOOK ? Last-last kena sound dedepan dia tahu pulak diam sebab kekawan dia sorang pun tak back up dia . Pity youuu sayang HAHAHA ! 

Fuhhh lega pulak rasanya bila dah luah segala-galanya dekat sini kan HAHA ! Post ni just nak remind dekat korang , if nak cari "sahabat" tuu , biarlah cari yang bebetul kita rasa dia boleh simpan segala rahsia kita , segala perbualan kita , segala perbuatan kita . Carilah kawan yang boleh nasihatkan kita masa kita jatuh , masa kita melakukan kesalahan , masa kita lalai . 

Apa-apa pun aku just nak cakap aku hargai kawan yang aku ada sekarang ni . Aku sayang dorang macam aku sayang diri aku sendiri . "Sahabat" yang aku cakapkan ni adalah ADILA , NUR ASSYAADAH , AISYAH RAHIMAH , MUHAMMAD IMRAN , MUHAMMAD NURHAMZAH , SADDAM , HIDAYAH dan NORZARINA . Korang , please bangga sebab nama korang ada dekat dalam list ni HAHAHA !

*lepak Teluk Batik*

*Imran & Saddam teman masa raya Haji*

*Lepaking dekat Taman Teluk Intan*

*Lepas karok masok toilet , tangkap gambar , Gegirls*

 *Lepak Mcd , lepak Tutti Frutti , Last lepak Heavenly Boutique*

*Berpicnik tepi sungai dekat taman Teluk Intan*

Ini semua sahabat susah senang aku . Guys ! Aku sayang korang dan aku mengharapkan korang jugak akan sayang aku sampai bebila . Seriously aku rindu dekat korang sangat-sangat . Muahhh :*



P/S
Gambar hiasan tu semua
takda kena mengena dalam cerita
cuma taknak orang yang baca entry ni
jadi boring bila tengok tulisan aje
HAHA !


Tuesday, February 26, 2013

20 Januari 2013 , our memories (^^,)

Assalammualaikum

Harini kan , aku nak update pasal ngedate aku dengan Arif yang ke lima tak silap ihik ihik . Tapi date kali ni paling best kot sebab Arif bawak aku pergi kenduri kahwin kawan dia , malu malu kucing I time tu tau HAHA ! Then kami banyak spend time dalam kereta . Sembang itu ini alaalaalaa bestnyeee lahai ! Sekarang dah rasa rindu nak ngedate lagi wuuu wuuu T__T

Nak cerita panjang pun tak seronok jugak sebab kalau dah namanya dating tu , confirm best punya kan ? Confirm semua benda yang best best je jadi kan ? Confirm semua orang nak date lagi lepastu kan ? Confirm semua rasa taknak berpisah lepas dah lama dating kan ? Confirm ada je benda sweet berlaku time kita berdua dengan dia berjalan kan ? Confirm kalau boleh nak masa berjalan dengan perlahan je kan time tu ? Confirm kan kan kan ? Sebab aku pun mengalami sindrom yang sama seperti kalian semua ! Ihik ihik dah dah , taknak merepek merapu lagi ! Nak seshare gambar kami yeayyy yeayyy (^,^)

NAK NGEDATE LAGI BOLEH ? (tetiba)



Ni kan , gambar masa ngedate harituuu . Lepas pergi kenduri , tukar baju then jejalan dengan Arif terchenta . Auuu auuu !


Ni pulak kan , gambar dari first date sampai date yang bulan lepas . Ehemmm ! Miss much mmuuaahh mmuuaahh over pulak kan :b


Muhammad Arif Bin Raduan , terima kasih sentiasa bahagiakan saya . Layan kerenah saya even sometimes saya selalu buat awak marah kan ? Kekadang sampai gaduh bagai , tapi dengan gaduh tu lah buat saya bertambah sayang dekat awak . Terima kasih jugak sebab bawak saya jejalan bila sayang datang jumpa awak bulan lepas . Awak pujuk saya bila saya merajuk time dekat food court tu , itu sweet sesangat . Saya sayang awak tau , awak saya punyaaa ihik ihik mmuuaahhh mmuuaahhh !


Dear Arif ,
Nanti kumpul duit cecepat tau ,
Boleh masuk minang saya ,
Lepastu kita kahwin ,
HAHA ! Aku dah gatai nak kahwin
XOXO


Thursday, February 21, 2013

Amirul Aiman Bin Faiz , my first NEPHEW .

Assalammualaikum

Uhuk uhuk ! Haishhh berhabuk sangat dah blog ni , tengok tuuu sana sini sawang . Sebab tu masuk je blog ni kena batuk dulu (zasss zasss buang sawang) haaa mula dah merepek kan ! Harini aku update blog sebab ada permintaan dari seorang adik ni hiwhiw . So aku pun decide nak update pasal baby Amirul Aiman , anak buah pertama aku . Ehemmm !

Masa 22 Januari 2013 kakak sulung aku selamat melahirkan baby boy ! Lama jugak lah tunggu dekat HUKM tuuu . Sebab kakak aku bukan lahir normal , tapi kena operate . Lepas jeee dapat tahu Ayong dengan baby selamat , fuuu legaaa plus happy gila sebab dah dapat anak buah pertama yang diberi nama Amirul Aiman Bin Faiz ! Yeayyy yeayyy yeayyyyy yeaaaayyyy yeaaaayyyyyyyyyy (over)




Ni gambar sebelum nak bawak Ayong masuk bilik operation .

Memang aku over sebab , dedulu tengok kekawan jeee ada anak buah bagai kan , main dengan anak buah lah , jejalan dengan anak buah lah . And now ! turn aku pulak dapat anak buah HAHA ! Serius rasa seronok yaAmat lah kan . Tapi yang aku perasan dekat muka baby Aiman ni , muka dia garang . Sebijik macam Ayong HAHA ! Nak tengok tak ??? Okay sila scroll ke bawah dengan jayanyaaa ngeh ngehh ngehhh .


Omomomo ! Masa ni baru lepas keluar dari perut mama dia , comel !



Mata baby Aiman besau ! Nak kata mata mama abah nye besar takde jugak (-,-)

Bila dah ada anak buah ni , setiap kali nampak barang barang baby yang comel jeee , semua rasa nak beli . Dan aku tak rasa membazir pun bila beli barang baby HAHA ! Eh ehh , ni mak mok nak bagi sepatah dua patah kata dekat baby Aiman ni .

" Dear Aiman , nanti dah besar jadi anak yang soleh ye sayang ? Jadi anak yang baik , dengar cakap parents . Jangan dedegil , jangan gegarang HIHI . Semoga membesar dengan sihat , cergas , pintar dan stay cute macam mak mok dia yang gorjes superb awesome ni kannn ! Ehh boleh macam tu ? Apa-apa pun aku nak baby Aiman ni always sihat ! Loveee youuu much much moreee Amirul Aiman ! "


Aiman ,
Welcome to our family !
Semoga dengan kehadiran Aiman ,
Kami semua bertambah seronok !
Mama dengan abah ,
dah jadi Opah dan Atok .
Cuteee yaaa !
XOXO



Wednesday, January 16, 2013

Have A Great Time With My Soulmate Plus Pembalasan Aku Terhadap Dyla :D

Assalammualaikum Bloggers !

Sepatutnya harini aku takde mood pun nak update blog , tapi disebabkan ada orang persetankan gambar aku , tengok title post ni pun dah boleh tahu kan haha jadi tiba masanya melakukan pembalasan ! Miahahaha siap kau Dyl gemuk ! Ini semua gara-gara Dyl update blog dia pasal kami menggedik semalam plus harini . Tapi tapi tapi , Dyl upload gambar aku yang sakai makai tuuu HAHA ! Ehhh tapi kan , nampak comel jugak aku dalam gambar tuuu miahahaha !

14 Januari 2013

Ketemu sama Dyl & Mejah , setelah sekian lamanya kami tak jumpa , finally dapat jugak haritu . Memang heaven gila lah sebab dah lama kan pendam dalam hati ni nak jumpa lanun-lanun aku . Especially ADILA BT RAHMAT muehehehe ! Sebenarnya time tu Dyl nak pergi date , dah habis date baru dia datang jumpa aku dekat "rapidmall" tuuu . Sobs aku diduakan ! *sebat muntut Dyl*




*OPS SORRY DYL , TERMASUK GAMBAR KAU YANG LAKA LAKA NI PULAK*
 HAHA finally pembalasan aku berbalas , padan muka kau gemukkk HAHA !

15 Januari 2013

Esok harinya pulak entah apa mimpi si gemuk ni datang kedai sebab nak lunch dengan aku ! Terharu jugak sebenarnya sebab dia tengah selsema time tu , nak pulak dia datang jumpa aku kan HAHA ! Tak habis habis gosok hidungnya tu sroottt sreettt sroottt sreettt -.- geli mak nakkk HAHA ! Lunch pun dekat mr.cendol tu jeee . Nak pergi mcD , boikot bak kata Dyla HAHA ! *tetiba teringat cikgu Alias* Lepas dah makan kami belek belek t.shirt , finally kami beli baju sama , dah macam couple gituuu hehe .


Laksa + Rojak + Cendol pulut + Teh ais


Hihihi gelak kambing hahaha


T.shirt kami !

Apa-apa pun , we have a great time together ! Sebenarnya aku tak puas lagi lepas rindu dekat gemuk aku sorang tu . Banyak lagi benda yang nak digusipkan ! Harap plan 30hb ni menjadi lah . Dah lama rasanya tak kumpul reramai macam dulu . Ada Dyl , Ola , Ema , Mejah , Im , Saddam dan Fie ! Geng lanun kesayangan aku hihi .


Dear Adila ,
Ni pembalasan aku
sudah terbalas !
Apa kau rasa ? Miahahaha !
Puiii :D

Friday, January 4, 2013

Please Forgive Me )':

As Salam

Dear Muhammad Arif Bin Raduan ,

Saya tak sangka semalam saya boleh bertindak bodoh macam tu , saya buat awak marah sampai awak tak boleh lagi nak maafkan saya kan ? Saya berubah tanpa saya sedari . Saya minta maaf . Saya tahu saya tak patut push awak buat benda yang awak tak suka , saya tak boleh treat awak macam mana yang saya buat dekat awak .

Saya tak faham bila awak busy , saya tak faham bila awak terlelap , saya tak faham bila awak ada benda nak buat , saya tak faham kerja awak , semuanya saya tak faham . Teruknya saya kan ? Saya selalu moody tak kena masa , saya admit benda tu . Saya tak boleh buat awak senang hati even sesaat pun . Teruk bukan ?


Saya tahu awak banyak makan hati , terasa hati , sakit hati dengan perangai saya . Maaflah sebab saya tak pandai jaga hati awak macam mana awak jaga hati saya . I've try my best untuk bagi awak happy , tapi saya tak mampu sebab perangai saya memang teruk . Saya tak hargai apa yang awak dah buat untuk saya .

Saya tak pernah meluat dengan awak even awak pun pernah buat saya terasa hati , tapi tak apa lah . Apa pun yang awak buat , saya tak simpan dalam hati (': Tapi semalam mesej yang awak bagi tu , betul-betul buat saya menangis . Maaf , saya tak sempurna di mata awak . Mungkin awak pun dah tak tahan kan dengan saya ? Maaf sesangat (':

Arif , saya rindu awak . Awak cakap saya seksa diri saya sebab rindu awak . Setiap kali saya rindu awak , saya tak pernah rasa benda tu seksa diri saya . Harini awak langsung tak mesej saya . Saya dah macam orang gila tunggu mesej dari awak , sebab saya rindu awak . Mungkin awak sibuk kerja kan , tak apa lah (': rindu .

Saya nak awak tahu bila saya bersama awak , saya rasa happy sangat . Tapi bila awak hilang sehari dalam hidup saya , saya rasa kehilangan sesuatu yang sangat berharga dalam hidup saya . Saya sayang awak Arif (':


I think of You , I just can't talk to You right now . I miss You , I just can't admit right now .  I need You , I just can't show You right now . I love You , I just can't tell you right now . 

I WILL WAIT FOR YOU BECAUSE HONESTLY I DON'T WANT ANYONE ELSE


Monday, December 31, 2012

2 0 1 3

As Salam

Harini hari terakhir dalam tahun 2012 . Arghhh ! Macam tak percaya esok kita dah melangkah ke tahun 2013 . Bila baca status orang lain dekat facebook , twitter semua cakap nak pegi sambut New Year dekat situ lah , sini lah , sana lah . Waaa semangat betul kome kome ye ? Hihi ! Macam kekawan aku yang lain ramai yang nak sambut New Year dekat dataran Menara Condong . Tapi aku ? Aku tak pernah pun sambut New Year dekat mana-mana dataran pun . 21 tahun aku hidup , aku cuma sambut New Year depan televisyen je , and for me itu pun dah cukup . Lagi seronok sambut New Year dekat rumah tanpa ada rasa rimas berhimpit-himpit dengan orang ramai dekat Dataran kan ? Hihi ^,^

And rasanya macam baru lagi aku berumur 21 tahun , and now aku kena percaya yang aku akan masuk ke alam 22 , mygod ! Cakap je pasal "new year" ni , mesti orang akan tanya apa azam kita kan ? Untuk entry kali ni , aku nak share sikit apa azam aku untuk 2013 ni . Here we go !

Azam aku tak banyak mana pun , cuma ada tiga je yang aku nak kongsi dengan kekawan blog ni . Act , ada lima tapi rasanya lagi dua tu better aku simpan sendiri hehe . Pertama , aku nak berubah . Aku nak tunaikan apa yang wajib sebagai orang islam . Aku rasa aku ni dah leka sangat , lalai dengan dunia aku sendiri sampai aku lupa nak tunaikan apa yang wajib . Aku tahu nak berubah ni tak boleh dengan cara mendadak bukan ? Maksud aku bukan lah esok aku terus nak berpurdah bagai , aku akan mulakan dengan perlahan . InsyaAllah aku akan teruskan sampai bebila . Aku taknak lagi lalai , leka pasal benda yang wajib kita lakukan setiap hari . Hmmm mohon ada orang yang bagi sokongan yang padu lagi padat lagi ketat ! Hihi ^,^

Kedua , aku taknak lagi tinggikan suara dekat mama dengan abah . Aku taknak buat mama dengan abah marah pasal perangai aku atau apa-apa je yang boleh buat dorang marah . Aku nak jaga mama dengan abah sebaik yang mungkin . Biarlah apa orang nak cakap pasal family aku , yang penting aku tahu family aku macam mana . Aku nak bantu mama dengan abah mana yang patut . Lagi satu , aku dah berniat nak tambahkan jumlah duit belanja mama yang aku bagi tiap-tiap bulan . InsyaAllah kalau ada rezeki lebih memang itu yang aku nak lakukan .

Ketiga , kalau aku cakap apa azam aku yang ketiga ni , mungkin orang akan gelak or whatever lah kan . Tapi ni aku serius ! AKU NAK KURANGKAN MENCARUT ! Aku rasa hidup aku ni penuh dengan carutan jeee . Mygod , rasa macam mulut aku ni teruk sangat ! Macam takde benda lain yang aku nak sebut sampai setiap minit ada je mancarutnya . Lagi-lagi kalau sembang dengan kawan . Ya Allah ! Bila difikirkan balik , aku rasa segan . Aku ni dah lah perempuan , tapi mencarut . NOT NICE AT ALL ! Serius tak manis bukan ? Aku akan cuba untuk mengurangkan mencarut slow-slow . Aku mohon dekat kekawan aku , kalau dengar aku mencarut ke apa ! Tolonglah tampar ke , tendang ke , pukul ke aku ni . Aku mohon miahaahaa !


Sekian ni saja azam 2013 yang aku nak share dengan kome semua ! Semoga di tahun yang baru ni , aku mendapat keberkatan dan terus berjaya dengan gilang gemilang hihi ! 

" HEI ! BYEBYE 2012 , HI ! WELCOME 2013 "

Wednesday, November 28, 2012

11 Nov 2012 Cerita Aku Dan Dia (:

As Salam readers !

Sekian lamanya aku tak men'update blog , harini aku rajinkan jugak jari jemari ni untuk menaip kansss ! Kalau terlebih rajin aku nak update dua post sekali gusss , kalau rajin lahhh kan ! Kalau tengok tajuk post ni pun for sure kome kome semua dah tahu kan aku nak update pasal apa , huwahuwa ofcos lah pasal ngedate aku dengan Arif . Ada ke pun orang nak baca sebab harini kan Malaysia lawan Laos live dekat tv tuu haaa ! Bangkit bila ditolak jatuh bangkit lah semulaaa heehee go go Harimau Malayaaa ! K done for bola okay .

09 November 2012 aku terbang lagi ke Kajang sebab nak lepak-lepak rumah Ayong . Dalam niat nak lepak lepak tuuu ada jugak niat lain sebenarnyaaa . Nak dating lah kan heehee . Actually sampai Kajang hari Jumaat malam , dapat lah lama sikit stay dekat sana kan . Plan nak dating dengan Arif hari Ahad tuuu 11 Nov 2012 . Tempat date macam biasa lah , dekat MidValley . Sebab rasanya situ je paling dekat nak pergi . Tapi bagi Arif jauh lah kot sebab dia stay Klang . So demi girlfriend tercinta tercomel termanis lagi tergorgeous ni dia turut kan jugak . Tak malu puji diri sendiri kan haahaa !

Nasib lah ada kakak dengan abang ipar yang sanggup hantar aku ke MV tuuu kan , kalau idak kena naik KTM lah gamaknye kot (tolong lah jangan sebab aku tak reti naik benda alah tu) Sampai jeee MV kami tunggu dekat depan Mcd yang dekat movie tu . Tup tup bertemu lah dua hati yang sekian lama memendam rindu ehemmm ! Malu-malu meow gituuu haahaa !

Time tu Arif macam tengah marah jeee , masa nampak aku senyum pun idak . Aku je yang terlebih over excited bila nampak dia , terasa katekooo time tu huhuhu . Bilaaa Ayong dengan abang Faiz dah dah pergi tempat lain baru aku dengan Arif jalan-jalan dalam mall tu . Cakap pun nak taknak , dalam hati gua rasa macam nak lempang dia je . Dah lelama tu baru lah bercakap , gedik-gedik , gelak-gelak bagai kan . Haisehhh maybe dia ada terasa hati dengan aku kot time sebelum jumpa tu . Who knows kan (-,-)

Style kami date takde lah sesweet orang lain kan sampai ada makan malam yang romantik ke , buat surprise dekat taman ke , bagi teddy bear besar gedabak ke kan . Bagi aku jejalan sesama , sembang sesama , gelak plus buat lawak bodoh sesama , tengok barang sesama , makan sesama dekat mana-mana pun okay sebab itu pun dah cukup bagi aku . 


Maaf gambar kami tidak lah se'hot macam pasangan Adel Asha dengan Ayiem Fylo tu . Haahaa !


Okayyy Muhammad Arif Bin Raduan , silaaa dengar sini apa yang orang dalam gambar atas ni nak pesan . Kita kenal dah lama , macam macam kita dah lalui sesama kan ? Actually time date haritu I nak celebrate aniversarry kita . Tapi I tak tahu lah You tahu ke tak . Tapi I rasa tak payah lah sebab benda tu bukan penting sangat kan . I sayang You , You pun sayang I . I rindu You , You pun rindu I . Bagi I itu pun dah cukup . I tak mintak kereta , duit atau benda mewah . Cuma I mintak You sayangkan I macam mana You sayangkan I masa hari pertama kita kenal . That's it ! Even kita jauh pun , kita still ada phone kan untuk kita berhubung antara satu sama lain , so dengan cara ni kita boleh lepas rindu . Jumpa empat bulan sekali pun dah cukup bagi I . Emmm I do love you Arif no matter what happen . Emuacksss !


Dear Arif ,
Esok hari  besar awak .
Esok awak nak konvo .
Congratulations sayang !
Saya bangga dengan awak .
(^,^)